Wednesday, June 29, 2011

Isra' Dan Mikraj

~salam~


selamat menyambut hari isra' dan mikraj.
pasti semua tahu apakah itu isra' dan mikraj bukan.

Maksud isra' dan mikraj:
Isra' ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Mikraj pula ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Aqsa menembusi langit-langit ke Sidratul Muntaha yang tidak pernah di jejaki oleh sebarang makhluk untuk bertemu dengan Allah Taala.
semua perjalanan ini berlaku dalam tempoh sehari semalam. ini merupakan mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Nabi muhammad s.a.w.

peristiwa israk dan mikraj ini bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 rejab menjelang. tetapi merupakan kisah benar yang dilalui oleh rasul kita rasulullah s.a.w dimana baginda diangkat naik ke atas langit bertemu Allah. oleh itu adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang buruk@ jahat. 

peristiwa israk dan mikraj ini juga memperlihatkan kita pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Peristiwa israk dan mikraj ini juga adalah untuk menguji umah islam agar menjauhi segala yang dilarang dan melakukan yang disuruh oleh Allah s.w.t.

Selain dari itu, peristiwa israk dan mikraj merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat @ kekuasaan Allah Subhanahu Wataala.Allah telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

mafhum Firman Allah S.W.T: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran kami.Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat". 
(surah Al-Israa': Ayat 1)


2 comments: